Tuesday, 7 June 2016

KERTAS CADANGAN MEMBANGUN, MEMBINA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENIMBANG, MEMBELI DAN MENJUAL BUAH SAWIT DI TAPAK KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH (FFB COLLECTION CENTRE)

KERTAS CADANGAN MEMBANGUN, MEMBINA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENIMBANG, MEMBELI DAN MENJUAL BUAH SAWIT DI TAPAK KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH (FFB COLLECTION CENTRE)
PENGENALAN 
KELAPA SAWIT terdiri daripada dua spesies iaitu Arecaceae atau Famili Palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit (Elaesis guineensis), berasal dari Afrika Barat iaitu di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika (Eleasis  Oleifera), berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Kelapa sawit merupakan tanaman utama di Malaysia pada masa kini. Terdapat  seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar yang direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.360 juta hektar atau 29.7%) diikuti dengan Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6%) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri penyumbang paling kecil adalah Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan seluas 2.807 juta hektar, kelapa sawit yang ditanam oleh pihak estet swasta adalah sebanyak (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh skim kerajaan (FELDA – 675,167 hektar, RISDA – 80,262 dan FELCRA – 160,832), 321,947 hektar (7.1%) oleh skim kerajaan negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) diusahakan oleh pekebun kecil.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada tahun 2009, Sabah mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit terbesar berbanding negeri lain. Hasilnya juga secara umum lebih kukuh pada purata 4.3 tan sehektar pada tahun 2010, iaitu yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Antara daerah di Sabah yang banyak menyumbang kepada potensi industri sawit negara ialah daerah Lahad Datu, Tawau, Tongod, Kinabatangan, Sandakan dan lain-lain daerah di Sabah.

INDUSTRI sawit negara adalah komoditi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi disamping menerajui Program Tranformasi Ekonomi (ETP), Potensi industri sawit juga sentiasa stabil di tengah gelombang ketidakseimbangan ekonomi dunia dewasa ini. 

HALATUJU INDUSTRI SAWIT 
Minyak Sawit merupakan satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang digariskan di bawah Pelan Halatuju Program Tranformasi Ekonomi (ETP) untuk melonjak pertumbuhan ekonomi dan meletakkan Negara pada landasan ekonomi yang kukuh dan berdaya saing.

Melalui pelaksanaan ETP, kerajaan mensasarkan industri minyak sawit berupaya menyumbang sejumlah RM178 Billion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang 2020 berbanding RM52.7 billion pada tahun 2009.

Bagi merealisasikan sasaran perjalanan PNK itu, lapan projek permulaan (EPP) dikenalpasti meliputi seluruh rangkaian pengeluar minyak sawit di dua sektor utama industri sawit iaitu sektor Huluan dan Hiliran. 

Lapan EPP itu ialah mempercepatkan penanaman semula sawit, meningkatkan hasil tandan buah segar (TBS), meningkatkan produktiviti pekerja ladang dan meningkatkan kadar perahan minyak bagi sektor Huluan. Penjanaan sumber tenaga boleh diperbaharui dari biogas sawit, meningkatkan produk oleokimia sawit, mengkomersilkan bahan api bio generasi kedua serta meningkatkan produk makanan dan pemakanan kesihatan berasaskan sawit bagi sektor Hiliran.

Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) bersama sektor swasta akan berkerjasama melaksanakannya untuk merealisasikan projek EPP yang dikenalpasti itu. Menurut beberapa laporan, program meningkatkan OER yang dianjurkan berupaya menyumbang pada peningkatan PKN hingga RM13.7 billion menjelang tahun 2020 disamping membuka peluang pekerjaan baru kepada10 ribu orang.

MPOB bertanggungjawab bagi memastikan kilang pemprosesan TBS hanya memproses TBS yang berkualiti untuk menghasilkan OER minyak sawit yang tinggi. Pegawai petugas khas yang mencukupi akan diwujudkan disamping kilang pemprosesan mengamalkan kaedah pengredan TBS dan memastikan hanya TBS berkualiti sahaja diproses.

EPP ini mensasarkan OER akan meningkat kepada 23 peratus menjelang tahun 2020 berbanding 19.93 peratus pada tahun 2009. Penanaman semula sawit pula ditumpukan kepada tanaman berumur melebihi 25 tahun dan berhasil rendah yang berkeluasan 365, 4144 hektar dalam tempoh tiga tahun.

Melalui penanaman semula dengan anak benih berkualiti, ia mensasarkan peningkatan pengeluaran TBS kepada 26 tan sehektar dalam tempoh setahun berbanding19.36 tan sehektar pada 2009. Peningkatan hasil TBS itu diunjurkan berupaya menjana Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM10.17 billion disamping menyediakan 1,600 peluang pekerjaan baru menjelang 2020.

Program Tranformasi Ekonomi ini akan berkembang kerana projek permulaan yang dikenalpasti hanya sebagai permulaan dan bukan pelan induk bagi NKEA untuk industri minyak sawit dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dipacu sektor swasta, Pelan Transformasi ini akan melonjak kemajuan industri minyak sawit secara langsung mengubah ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah Negara berpendaptan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar perkapita sekurang-kurangnya RM48, 000 menjelang 2020.

POTENSI INDUSTRI SAWIT DI KINABATANGAN 
Daerah Kinabatangan terletak di kawasan pantai timur Sabah, Negeri di bawah Bayu. Dengan keluasan 600 ribu hektar, ia merupakan salah satu daerah terbesar di Malaysia.

Selain daripada industri pelancongan, industri sawit merupakan industri utama yang diusahakan. Terdapat 345,000 hektar daripada keluasan daerah ini diusahakan dengan tanaman kelapa sawit yang mendatangkan pendapatan melebihi RM 2 billion setahun seperti yang pernah direkodkan pada tahun 2010 dan dijangka populasi ini akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

OBJEKTIF 
Memberikan galakan kepada pelabur untuk membina Jambatan Timbang (Weighbridge) di kawasan yang dicadangkan dengan objektif untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam industri kelapa sawit sekaligus dapat meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara. 

 TUJUAN                                                                           
1.         memberi kemudahan kepada pekebun-pekebun di kawasan Kinabatangan 
2.         meningkatkan mutu perkhidmatan. 
3.         meningkatkan pendapatan sara hidup pekebun kecil. 
4.         memberi galakan terhadap pengamalan konsep hijau 
5.         meningkatkan sosio ekonomi setempat 
6.         mengeratkan hubungan antara pekebun dan pengusaha. 
7.         mengenalpasti punca pendapatan pekebun. 
8.         meningkatkan statistik pengeluaran sawit.


FUNGSI JAMBATAN TIMBANG (Weighbridge) 
Jambatan Timbang (Weighbridge) merupakan alat untuk mengukur berat yang dilengkapi dengan platform dan load cell sebagai sensor terhadap gaya berat (analog) yang diberikan ke atasnya dan akan menghantarnya ke Avery – weigh dan seterusnya dikonversikan ke dalam satuan berat (digital).

Antara fungsi Weighbridge adalah :
1.       Menimbang raw material Tandan Buah Segar (TBS).
2.       Mengetahui data produksi TBS dari estate atau kebun.
3.       Mengetahui produksi hasil pengolahan (CPO dan Karnel) yang akan dikirim atau dijual.
4.       Memantau perbezaan berat Bruto, Tara dan Netto.

SISTEM KERJA JAMBATAN TIMBANG (Weighbridge) 
Sebelum proses menimbang dilakukan, kerani timbang mestilah terlebih dahulu memerhati dan memeriksa keadaan unit timbangan seperti berikut;

1.     Memastikan nombor slip mestilah mengikut turutan dari slip sebelumnya. 
2.     Memastikan fungsi Jambatan Timbang boleh dikawal dengan baik oleh monitor atau sistem  komputer. 
3.     Memastikan Jambatan Timbang dalam keadaan bersih. 
4.     Memastikan printer atau mesin pencetak berfungsi dengan baik. 
5.     Memastikan unit timbangan mendapat tenaga elektrik secukupnya. 

FFB HOPPER (TEMPAT PENAMPUNGAN SEMENTARA) 
FFB Hopper merupakan Tempat Penampungan Sementara Tandan Buah Segar (TBS) sebelum dihantar ke kilang untuk proses seterusnya. Kebiasaannya, FFB Hopper dibina dengan konkrit dengan cara menjunam ke bawah dan ia dibina di atas tanah yang mempunyai paras yang tinggi sedikit dari paras Jabatan Timbang iaitu sekurang-kurangnya 20 kaki bagi memudahkan TBS dimuat ke atas lori. Ia dilengkapi dengan pintu Loading Ramp yang digerakkan oleh Hydraulic Control System yang berfungsi untuk membuka dan menutup pintu tersebut yang dikawal oleh Handle Controler serta dipadukan dengan Hydraulic Pack.

Terdapat juga FFB Hopper yang dibina di permukaan yang rata. Ia berfungsi secara manual apabila TBS dinaikkan ke atas lori yang akan dihantar ke kilang untuk proses seterusya, sejenis alat yang dipanggil ‘Loading Stick’ oleh masyarakat tempatan di sini atau jentolak akan digunakan.

CADANGAN TEMPAT PEMBINAAN 
Tempat pembinaan yang dicadangkan kepada pelabur/pengusaha yang berminat adalah di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah. Ia terletak di tepi jalan besar yang mana merupakan laluan menuju ke Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan boleh dianggap sebagai tempat persinggahan dan penghubung antara suatu daerah ke daerah lain di Sabah.

FUNGSI PEJABAT 
Fungsi pejabat di tapak menimbang ini adalah untuk mengawal selia timbangan yang dihantar melalui data komputer, menguruskan jual beli, menyimpan dan membuat sistem fail serta tempat perbincangan strategi pasaran dan lain-lain hal yang berkaitan dengan urusan sawit.

CARTA ORGANISATION UNTUK STAFF / PEKERJA BAHAGIAN TIMBANG SAWIT

GAMBAR LOKASI TAPAK CADANGAN







ANGGARAN KEUNTUNGAN YANG DI PEROLEHI
Sekiranya:
  • Harga Pasaran Semasa = RM 600 per/tan.
  • Harga dibeli dari pembekal/penjual sawit;
I) RM 450 per/tan untuk Gred A
II) RM 440 per/tan untuk Gred B
  • Harga Pasaran Semasa – Harga Belian = RM 150 per/tan minimum keuntangan
Contoh :-

Sasaran Sehari
Harga belian p/tan
Harga jualan p/tan

Keuntungan per/tan

Keuntungan purata sehari

Pelabur 60%

Aderas 40%
200 tan
RM 450
RM 600
RM 150
RM 20,000
RM 18,000
RM 12,000
Sekiranya pelabur (syarikat) dapat membeli 200 tan sehari (anggaran), maka keuntungan kasar pelabur ialah RM 19,500 sehari bergantung kepada kekuatan kewangan pelabur kerana pembelian ini dibuat secara tunai.

SISTEM PEMBAYARAN GAJI BURUH
Buruh yang bekerja ditapak timbangan akan dibayar gaji pokok secara minimum dan akan dibayar elaun mengikut tan yang yang diperolehi. Jumlah gaji dan elaun yang dibayar bergantung pada perbincangan Pelabur dan Arus Deras samaada ia akan ditolak 50/50 dari jumlah syer kedua belah pihak.

MASA OPERASI JUAL BELI
1.       Isnin hingga Jumaat            -               7.00 am hingga 9.00pm
2.       Sabtu dan Ahad                   -               7.00 am hingga 3.00 pm

BILANGAN JUMLAH PEKERJA WAJIB BEKERJA DI TAPAK TIMBANGAN
               1.       2 orang kerani mewakili pelabur (gaji dibayar oleh Pelabur)
               2.       2 0rang kerani mewakili Arus Deras (gaji dibayar oleh Arus Deras)
               3.       4 orang Grader (dibayar gaji oleh Pelabur & Arus Deras)
               4.       2 orang pemandu jentera (gaji dibayar oleh Pelabur & Arus Deras)
               5.       2 orang pemandu Lori (gaji dibayar oleh Pelabur & Arus Deras Deras)             
               6.      2 orang pengawal keselamatan (gaji dibayar oleh Pelabur & Arus Deras)

Tugas-tugas kerani dalam bil 18.1. dan 18.2., adalah untuk meyelanggara sistem fail, pembayaran, pembelian buah sawit, menyimpan data serta mencatat kunci kira-kira dan akan membuat laporan kepada pelabur dan pemegang syer melalui email setiap hari iaitu selepas sahaja masa beroperasi berakhir tiap-tiap masa bagi megetahui kuantiti jualan dan pembelian. Salah seorang daripada kerani tersebut akan ditugaskan untuk mengendali sistem timbangan.

PERBELANJAAN UNTUK PEMBINAAN PROJEK

16. KOS-KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN TEMPAT PENGUMPULAN PEMBELIAN BUAH KELAPA SAWIT ( FFB COLLECTION CENTRE )

BIL
PERKARA
UNIT
KUANTITI
ANGGARAN KOS (HARGA)
1

2


3









 4








 5



 6








7


Mengorek, meratakan dan menimbus tanah seluas 1 ekar

Merekabentuk, membekal dan membina tempat pengumpulan buah sawit seluas 60’ x 60’ x 4’T

Pembinaan Pejabat Urusan Timbang Sawit
-          Merekabentuk, membekal dan membina sebuah pejabat timbang sawit seluas  660’ persegi (22’ x 30’) iaitu:
a) Bilik Kaunter Saiz : 14’ x 12’
b) Bilik Mesyuarat Saiz : 11’ x 12’
c) Tandas Saiz : 7’ x 7’
d) Ruang Tamu Lum/sum
e) Kaunter Tetamu  Saiz : 4’L x 6’P x 4’T

Pembinaan Rumah pekerja
-          Merekabentuk, membekal dan membina Rumah Pekerja seluas  864’ persegi (24’ x 36’)  mengandungi 3 unit rumah iaitu:
a) Bilik Utama Saiz:  9’ x 7’
b) Ruang Dapur Saiz: 8’ x 7’
c) Ruang Tamu Saiz: 7’ x 7’
d) Tandas Saiz: 5’ x 5’

Pembinaan Tempat letak kereta
-          Merekabentuk, membekal dan membina Tempat Letak kereta seluas 450’ Persegi (15’ X 30’)

Membekal, melakukan pendawaian dan memasang beberapa set lengkap peralatan dan tenaga elektrik bagi

a) Pejabat Timbang Sawit
b) Rumah Pekerja
c) Tempat Letak Kereta
d) Tempat Pengumpulan Buah Sawit
e) Spotlight

Membekal  dan memasang set lengkap sistem perpaipan bekalan air dan membina Sistem Perparitan bagi:

a) Pejabat Timbang Sawit
b) Rumah Pekerja
c) Tempat Letak Kereta
d) Tempat Pengumpulan Buah Sawit
              e) Perparitan dan Loji Pembentungan
Seekar

Sebuah






Sebuah
Sebuah
Sebuah
Sebuah
Sebuah





3 Buah
3 Buah
3 Buah
3 Buah


Seunit





1 Set
3 Set
1 Set
1 Set
1 Set



1 Set
3 Unit
1 Unit
1 Unit
L/Sum
RM28,000

RM20,000



RM165,000









RM200,000








RM20,000


RM27,000








RM65,000

RM1,200
RM3,500
RM350
RM500
RM45,000




BIL
PERKARA
UNIT
ANGGARAN KOS (HARGA)
 8
 9
10
11
12
13
14
15
16
17









18






19

20
Pemasangan Telefon dan Fax
Pemasangan CCTV
Pemasangan Pagar sekitar tapak + Pintu Pagar
Pemasangan Timbangan Set Lengkap
Jentera Berat VECO ( Anggaran)
Lori 4x4 Suzuki ( Anggaran)
Singki Air Pejabat dan Rumah
Tangki air Pejabat dan Rumah
Lain-lain peralatan (loading stick dll)
Perabut Pejabat
           
               a) Almari Dokumen
               b) Meja Komputer
               c) Meja Makan
               d) Meja Kaunter
               e) Meja Kaunter Depan
               f) Sofa Tetamu
               g) Meja Mesyuarat

Perabot Rumah
            
               a) Almari Pakaian
               b) Katil, Tilam dan Bantal
               c) Meja Makan
               d) Set Dapur
           
Pembersihan Kawasan Tapak

Komputer CPU
1 Set
1 Set
1 Set
1 Set
Sebuah
Sebuah
4 Set
2 Set
L/sum


3 Set
3 Set
1 Set
4 Set
1 Set
1 Set
1 Set



3 Buah
3 Set
3 Set
3 Set

L/Sum

5 Set
RM1,800
RM15,000
RM15,000
RM108,000
RM150,000
RM125,000
RM2,000
RM3,500
RM6000


RM1,500
RM600
RM500
RM1200
RM1,350
RM1,600
RM2,300



RM700
RM1,800
RM600
RM2,700

RM10,500

RM10,000

Jumlah
Anggaran
RM1,037,200.00
21
Penyediaan Wang Modal Pusingan:
Harga Perton  X  Kuantiti Belian X 20 Hari
Contoh: RM450 X 300 TON X 20 HARI
Anggaran
RM2,700,000.00

JUMLAH
RM3,737,200.00


CONTOH PELAN TAPAK PROJEK


CONTOH PLAN BAHAGIAN DALAMAN PEJABAT URUSAN 


CONTOH PLAN RUMAH PEKERJA / STAFF 


GAMBAR CONTOH PROJEK TIMBANG SAWIT
CONTOH GAMBAR PEJABAT URUSAN
Saiz yang dicadangkan 16” x 20”
CONTOH GAMBAR TEMPAT PENGUMPULAN BUAH SAWIT- Hopper (PANDANGAN ARAH BAWAH)
Saiz yang dicadangkan 60”x 60” persegi


CONTOH GAMBAR TIMBANGAN
CONTOH GAMBAR TEMPAT PENGUMPULAN SAWIT (PANDANGAN HADAPAN)
CONTOH GAMBAR JENTERA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGALIHKAN BUAH SAWIT
CONTOH LORI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGANGKUT SAWIT
CONTOH CADANGAN KIRA-KIRA PEMBAHAGIAN SYER ANTARA PELABUR DAN PIHAK KAMI

Sasaran
sehari
Harga belian p/tan
Harga jualan p/tan

Keuntungan per/tan

Keuntungan purata sehari

Pelabur 60%

Owner 40%
200 tan
RM 450
RM 550
RM 100
RM 20,000
RM 12,000
RM 8,000
Nota: Jumlah Peratus Keuntungan diatas belum ditolak dengan kos lain-lain seperti Cukai Kerajaan dan sebagainya.


Sekiranya pelabur berminat untuk menceburi perniagaan timbang sawit ini, pelabur hendaklah menepati syarat dan peraturan seperti berikut: 

1) Pelabur hendaklah menyediakan surat tunjuk minat dan penyata kewangan (Bank akaun) kepada En. Hassanal Hashim Ibrahim (Email: 1mytv4u@gmail.com)

2) Sebaik sahaja kami menerima Surat Tunjuk Minat dan bank akaun dari Pelabur jika ada, Kami akan memaklumkan dan menghubungi pelabur melalui telefon, sms, fax atau email, menetapkan perjumpaan (TTM) di suatu tempat dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 

3) Pelabur memohon Syarikat Baru dari pada Pejabat SSM, yang mana dalam Syarikat Baru tersebut salah seorang atau lebih dari 6 orang nama Pemilik Tanah hendaklah dimasukkan dalam syarikat baru dan peratus pembahagian syer akan dikuatkuasakan melalui surat perjanjian syer dalam syarikat. 

4) Setelah Syarikat Baru dan surat perjanjian pemilik-pemilik syer siap, pelabur dan pemilik syer akan membuka akaun bank berdasarkan nama syarikat yang ditubuhkan. 

5) Lesen Tapak (Majlis Daerah) atas nama Syarikat Baru akan dipohon oleh salah seorang pemilik syer untuk 

6) Lesen MPOB juga akan dipohon oleh salah seorang pemilik syer 

7) Setelah penubuhan syarikat baru, akaun bank, lesen tapak dan lesen MPOB siap, pelabur hendaklah menyediakan wang modal seperti yang dicadangkan sebelum ini. Wang Modal tersebut hendaklah dimasukkan kedalam akaun bank syarikat baru tersebut. 

8) Untuk melaksanakan dan menguruskan perniagaan Timbang, Membeli dan Menjual sawit itu, organisasi pekerja yang bakal dilantik akan ditentukan semasa pelabur dan pihak kami sepakat dalam perbincangan nanti. 

BERIKUT ADALAH CARTA PEMBAHAGIAN SYER BAGI PIHAK KAMI DAN PELABUR.
BIL
PEMILIK SYER                                                                   
JUMLAH SYER %
1
PELABUR
60%
2
PIHAK KAMI OWNER
40%
JUMLAH PERATUS
100%

KESIMPULAN
Pembinaan Jambatan Timbang bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada pekebun dan estate untuk menjual buah sawit, malah ia dapat memberikan kesan positif dalam usaha membangunkan industri sawit negara sekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat ke arah mentransformasikan industri tersebut.

Melalui projek ini juga, ia dapat menjalinkan satu usaha murni dan kerjasama antara pengusaha Jambatan Timbang dan pengusaha estate serta pekebun-pekebun kecil untuk sama-sama membangun serta  meningkatkan pendapat isi rumah dan sosio-ekonomi setiap penduduk memandangkan 85% penduduk di kawasan ini bergantung pada hasil sawit sebagai punca pencarian utama.

Bagi yang ada pertanyaan dan masih perlukan lebih penjelasan, anda boleh hubungi kami.

Tel/SMS/Whatsapp/Email/Blogsite:
H/P: +60176609770 (Sheem) 24 Hours
H/P: +60129149690 (Marop) 24 Hours
H/P: +60173635856 (Ahmed) 24 Hours
H/P: +60107095813 (Sham) 24 Hours
Tel: +60323801291 (Office) Office Hours
Email: gngroup.sb@gmail.com/
Blog: http://gngmsb.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment